Gambar hiasan |
Seorang anggota Trafik nekad menahan kesakitan
selepas dirempuh tiga kali dengan motosikal jenis skuter oleh penjenayah dalam
cubaan mereka melarikan diri berhampiran Jalan Pudu, Kuala Lumpur.
Lan Koperal M. Selvam yang pada mulanya
sedang melakukan rondaan Trafik telah terserempak dengan sepasang penjenayah
yang dalam cubaan untuk mencuri sebuah kenderaan telah bertindak menyoal siasat
salah seorang suspek dengan memintanya menyerahkan kad pengenalan untuk dibuat
semakan.
Suspek yang bingkas menumbuk mangsa
kemudiannya cuba melarikan diri sebelum berjaya ditangkap. Namun, rakan mangsa
yang sedang menunggu dengan motosikal jenis skuternya telah bertindak melanggar
mangsa sebagai usaha agar mangsa melepaskan rakannya tadi.
Orang awam yang melihat insiden terbabit
telah hadir membantu mangsa dan seterusnya menangkap suspek. Kes disiasat di
bawah Seksyen 186, 329 dan 379 Kanun Keseksaan.
Syabas dan tahniah Lans Koperal M.
Selvam!
Sumber: Harian Metro