Sabtu, 10 Oktober 2015

Suspek kes culik berjaya ditahan

SHAH ALAM - Dua lelaki disyaki suspek kes culik kanak-kanak berumur lima tahun di Taman Setia, Sungai Chua, Kajang, ditahan dalam operasi khas, 10.25 malam tadi.

Seorang daripada suspek adalah lelaki tempatan manakala rakannya adalah warga Indonesia, masing-masing berusia 28 dan 32 tahun.

[ARTIKEL BERKAITAN: Budak diculik ditemui semula]

Petang semalam, kanak-kanak lelaki berbangsa Cina berusia 5 tahun yang diculik daripada ibunya di hadapan Tadika Cekap Bahasa, Sg. Chua, Kajang pada pukul 9 pagi hari yang sama berjaya ditemui.


Kanak-kanak tersebut dihantar oleh seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam.

Dilaporkan pemandu teksi tersebut menghantar kanak-kanak terbabit di kediamannya di Taman Cahaya pada jam 5.35 petang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...