Ahad, 11 Oktober 2015

‘Wanita purdah’ kantoi curi beg di surau


KUALA LUMPUR, 10 Oktober:

Padah menyamar sebagai wanita, seorang lelaki warga tempatan berusia 19 tahun ditangkap Unit Polis Pelancong Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kerana disyaki mencuri di surau wanita di salah sebuah pusat beli-belah yang terkenal di ibu kota.

Hasil pemantauan yang dibuat oleh Polis Bantuan pusat beli-belah yang terletak di Jalan Bukit Bintang mendapati ternampak seorang wanita berpakaian jubah warna hitam dalam keadaan yang mencurigakan di hadapan surau wanita yang terletak di tingkat lima.


Setelah memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa polis, anggota terbabit meminta suspek tersebut mengemukakan dokumen pengenalan diri tetapi suspek tidak mahu menunjukkan sebarang dokumen dan terus melarikan diri.

Bagaimanapun, polis berjaya mengejar dan menahan suspek tersebut namun wanita tersebut cuba melawan dan berlaku pergelutan yang mengakibatkan suspek mengalami kecederaan di bahagian kening kanan dan setelah diteliti, wanita itu rupanya seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita.

Dalam pada itu, turut dirampas wang tunai berjumlah RM846 yang dijumpai dalam dompet berwarna coklat yang di simpan dalam beg tangan jenama Coach.

Turut ditemui bersama suspek sekeping kad pengenalan diri, sekeping kad ATM Maybank, sekeping kad debit Maybank, satu telefon bimbit jenama Samsung Galaxy S6 warna biru, satu telefon bimbit jenama Samsung A8 warna emas, satu kaca mata berbingkai hitam dan anak kunci yang disimpan di dalam beg tersebut.

Selain itu, turut ditemui sebuah beg warna hitam jenama H&M, sebuah beg warna coklat jenama Coach dan sebuah beg warna merah jambu berbelang hitam yang mengandungi sepasang telekung warna putih yang dipegang oleh suspek ditangan kanan ketika ditahan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes itu sedang disiasat.

Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...