Ahad, 6 Disember 2015

Maut selepas gaduh di pusat karaoke di Skudai

Gambar hiasan
JOHOR BARU, 5 Disember:

Kegembiraan malam karaoke sekurang pekerja pembinaan bertukar tragedi apabila lelaki berusia 48 tahun itu mati akibat pelbagai kecederaan selepas terbabit dalam insiden pergaduhan dalam sesi nyanyian, malam tadi, lapor The Star Online hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Baru Utara, Superitendan Ben Eng Lai, dipetik daripada laporan berkenaan sebagai berkata, mangsa, Lim Chin Beng terbabit dalam pergaduhan dengan abannya, seorang wanita dan tiga pelanggan dari kumpulan berlainan di salah satu daripada pusat hiburan di Taman Universiti, Skudai.

“Ketiga-tiga mereka duduk berhampiran kaunter dan pergaduhan tercetus antara mereka bersama tiga pelanggan dari kumpulan berlainan yang duduk berhampiran mereka.


“Salah faham mengenai sesi nyanyian berkemungkinan membawa kepada pergaduhan. Kami percaya ketika pergaduhan memuncak, suspek dipercayai menggunakan botol alkohol untuk memukul Lim.

“Dia mengalami pelbagai kecederaan di tengkok, belakang kepala, tulang rusuk kanan dan telinga kiri dan disahkan mati di Hospital Sultanah Aminah,” kata Ben.

Beliau berkata, polis kemudian berjaya menahan tiga suspek yang juga pengendali kedai telefon bimbit berusia 58 tahun, isterinya yang juga pendandan rambut berusia 55 tahun dan kontraktor pembinaan berusia 42 tahun.

“Dua suspek lelaki mengalami kecederaan manakala wanita itu tidak cedera dan ketiga-tiga mereka direman sehingga 11 Disember ini untuk siasatan.

“Pengendali pusat hiburan dan seorang juruhebah (DJ) turut ditahan kerana beroperasi secara haram selain membantu siasatan.


“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” tambahnya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...