HATYAI: Seorang ahli perniagaan Malaysia mati
ditembak tengah hari tadi oleh pihak yang belum dikenali semasa dalam
perjalanan dari Sadao menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai,
Songkhla.
Mangsa
dikenali sebagai Lee Ah Wan, 54, yang berasal dari Kedah tetapi menetap di
Mukim Sanakam, Daerah Sadao, Songkhla.
Ketua
Polis Mukim Thunglung, Kolonel Polis Wichapan Chantaraporn berkata,
Lee ditembak semasa berada dalam sebuah Mercedes Ben S300 bersama teman
wanitanya yang cedera dalam kejadian itu.
Beliau
berkata, penembak yang berada dalam sebuah kereta menggunakan raifal M16
untuk melepaskan berpuluh-puluh tembakan ke arah kereta mangsa di Jalan
Kanchanavanich, Kg Klongplom, Mukim Thunglung, Hatyai.
Lee
terkena lebih 10 das tembakan di kepala dan badan serta terdapat berpuluh
kesan tembakan pada keretanya, kata Wichapan.
Motif
pembunuhan masih disiasat sama ada turut mempunyai kaitan dengan soal
perniagaan. - Bernama