Isnin, 25 Januari 2016

Tujuh anggota IS ditahan

KUALA LUMPUR – Seorang daripada tujuh anggota militan Islamic State (IS) yang ditahan Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman mengaku mereka telah bersedia melakukan serangan ke atas beberapa lokasi strategik di negara ini mengikut arahan daripada pemimpin kanan Khatibah Nusantara, Bahrum Naim.
Bahrum Naim yang merupakan dalang serangan bom di Jakarta pada 14 Januari lalu dan mengikut laporan akhbar-akhbar Indonesia dia kini berada di Syria.

Selain anggota militan terbabit, enam lagi ditahan polis dalam siri operasi bermula Jumaat hingga semalam di lokasi berlainan.
Kesemua lelaki berusia lingkungan 26 hingga 50 tahun itu ditahan di sekitar Kedah, Johor, Pahang dan Lembah Klang susulan penangkapan empat individu pada 15 Januari lalu.
Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas 30 butir peluru pelbagai jenis, buku jihad, bendera serta video pro­paganda berkaitan IS.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...