Jumaat, 12 Februari 2016

Dua lelaki diberkas bersama senapang angin dan ganja

ALOR SETAR - Polis menahan dua lelaki dan merampas dua senapang angin serta dadah jenis ganja seberat 566 gram dalam serbuan di sebuah pondok dan rumah di Felda Guar Napai, Kodiang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abdul Rahim Abdullah berkata, bertindak atas maklumat dadah dan senjata api, sepasukan polis dan anggota risik Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kubang Badak, Kuala Terengganu menyerbu pondok tersebut kira-kira pukul 6.30 petang itu.


"Pemeriksaan ke atas dua lelaki tempatan berusia 21 dan 44 tahun itu tidak menemui apa-apa barang salah.

"Polis bagaimanapun menemui selaras senapang angin buatan sendiri di sebelah kiri pintu pondok dan ketulan mampat ganja di dalam beg yang disembunyikan di dalam baldi lusuh yang diletakan di dalam bekas takungan air diperbuat daripada simen," katanya di sini hari ini.

Kata beliau lagi, pemeriksaan lanjut di rumah terletak berdekatan pondok berkenaan menemui selaras senapang angin jenama Steven Air Rifle Automatic yang disembunyikan di belakang sofa bahagian ruang tamu rumah.


"Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar untuk permohonan reman," ujarnya. - K! ONLINE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...