Ahad, 7 Februari 2016

Pemuda parah ditembak sewaktu bonceng motosikal

BACHOKSeorang penganggur cedera parah pada belakang badan selepas ditembak dari jarak dekat oleh lelaki yang tidak dikenali di Kampung Pauh Lima di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12,30 te­ngah malam itu, mangsa yang berusia 24 tahun membonceng motosikal bersama adiknya berusia 20 tahun menuju ke rumah mereka di Bukit Temelong, Gunong di sini selepas minum di Peringat di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Ahmad Taufek Abdullah, sebelum kejadian, pasangan adik-beradik itu menyedari sebuah motosikal ditunggangi dua lelaki menghampiri mereka sebelum salah seorang daripada mereka melepaskan dua das tembakan ke arah abangnya.

Katanya, bagaimanapun, hanya satu das tembakan terkena pada pinggang mangsa yang dilepaskan lelaki yang memakai topi keledar, manakala sedas lagi tersasar.
Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...