KULIM, 5 Februari 2016: Berang dengan tindakan dua perompak yang berhajat
merompak kedai milik keluarganya, anak pekedai serbaneka bertindak melibas putus pergelangan tangan kiri salah seorang perompak kedainya itu.
Kejadian yang
berlaku sekitar jam 7.45 malam tadi di Kilang Lama itu disahkan Ketua Polis Daerah
Kulim, Supritendan Abdullah Arshad, lapor Astro Awani.
Menurut
Abdullah, kedua-dua suspek bersenjatakan parang panjang dan
pisau meluru masuk ke
dalam kedai dengan memakai topi keledar dan menutup muka.
Suspek yang
memegang parang panjang kemudian bertindak meluru ke arah ibu pekedai berusia
50-an yang berada di kaunter lalu menarik rambut sambil mengugut supaya
menyerahkan wang manakala seorang lagi suspek mengacukan pisau ke arah anak
pemilik kedai tersebut.
Ekoran daripada
itu, berlaku pergelutan antara anak pekedai berusia 20-an dan perompak terbabit
yang mana menyebabkan salah seorang dari suspek kehilangan pergelangan tangan
kiri.
Kedua-dua
suspek yang panik bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal
tanpa sempat mengambil tangan yang putus itu.
Suspek
bagaimanapun berjaya ditangkap beberapa jam kemudian ketika cuba mendapatkan
rawatan di sebuah klinik berhampiran.
Menurut
Abdullah, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika sabit
kesalahan boleh dikenakan penjara hingga 20 tahun dan sebatan.