KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan 19 daripada 30
individu yang didakwa
melakukan pelbagai kesalahan berkaitan pencerobohan bersenjata di Lahad
Datu tiga tahun
lepas, untuk membela diri.
Hakim Stephen
Chung membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap 16 warga Filipina termasuk
seorang wanita dan tiga lelaki tempatan.
Mahkamah
menetapkan tiga minggu mulai 22 Feb untuk perbicaraan. - Bernama