Sabtu, 6 Februari 2016

Tahun Baharu Cina: Polis Terengganu Kerah 460 Pegawai, Anggota

KUALA TERENGGANU, 5 Feb (Bernama) -- Polis Terengganu mengerah 460 pegawai dan anggotanya bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini sepanjang perayaan Tahun Baharu Cina ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata kesemua mereka ditugaskan di jalan raya, kawasan perumahan serta premis perniagaan.


"Selain itu, polis mempertingkat rondaan di tempat berisiko kejadian jenayah seperti bank, premis pajak gadai, kedai emas dan kedai 24 jam ketika cuti panjang ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.


Rosli menasihatkan orang ramai supaya mengisi borang maklumat balik kampung dan menyerahkan kepada balai polis berhampiran sepanjang meninggalkan kediaman masing-masing serta meminta mereka berhati-hati semasa mengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2).-BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...