Rabu, 9 Mac 2016

Polis tahan dua lelaki, rampas ketamin bernilai RM1.3 juta

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki tempatan berusia 40 tahun dan merampas 25.2 kilogram serbuk putih dipercayai dadah jenis ketamin yang dianggarkan bernilai RM1.3 juta dalam dua serbuan di sebuah hotel di Pulau Pinang, kelmarin.
Dalam serbuan pada pukul 3.40 petang itu, kedua-dua suspek masing-masing ditahan di lobi dan tempat letak kereta di hotel tersebut.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, salah seorang suspek mempunyai rekod lampau bersabit kes dadah.

"Kita menemui bungkusan dadah jenis ketamin dalam salah sebuah bilik hotel tersebut yang dipercayai diseludup masuk dari China menggunakan perkhidmatan kurier," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini sebentar tadi.
Jelasnya, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama seminggu sehingga 13 Mac ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. K! ONLINE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...