Rabu, 2 Mac 2016

KOTA BHARU - Tiga sindiket dadah dan senjata api yang bergerak aktif di negeri ini sejak setahun lalu berjaya ditumpaskan dalam tiga serbuan di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Pengkalan Chepa pada Ahad lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam serbuan pertama pada pukul 2 pagi di sebuah rumah banglo di Kubang Badak, Pasir Mas berjaya menahan tiga lelaki berusia 28 hingga 31.
"Kesemua mereka merupakan serpihan geng 'Buyong' yang kini dikenali geng 'Fuad' dan bergerak aktif di negeri ini.
"Hasil serbuan itu, kita merampas pistol jenis .38 styer semi auto termasuk 1,800 pil kuda dan ketiga-tiga suspek mempunyai rekod lampau," katanya pada sidang akhbar di sini tadi.
Beliau berkata, dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Rantau Panjang, sepasang suami isteri warga Thailand, ditahan kira-kira pukul 5.30 pagi bersama 2,062 pil kuda bernilai RM41,240.
"Manakala kes ketiga melibatkan seorang penggangur berusia 26 tahun yang terlibat dalam sindiket 'Baung' ditahan bersama pil kuda, syabu, eramin, heroin, wang tunai, sebuah kereta Perodua Kelisa dan motosikal di sebuah rumah di Lorong Sri Chenok, Pengkalan Chepa di sini.

"Jumlah keseluruhan rampasan dalam ketiga-tiga serbuan bernilai kira-kira RM500,000," katanya. - K! ONLINE.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...