Khamis, 7 April 2016

JUDI: STAGG TAHAN 34 INDIVIDU, RAMPAS 332 KOMPUTER

Kuala Lumpur, 7 April -Seramai 34 individu dipercayai terlibat kegiatan perjudian ditahan dalam operasi di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Johor, hari ini.

Operasi yang dikendalikan oleh Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG), Bukit Aman itu turut merampas 332 komputer yang digunakan sebagai mesin judi.


Dalam operasi berasingan di Kuala Lumpur, Johor, Perak, Selangor dan Pulau Pinang, STAGG berjaya menahan 56 tukang urut dan pelayan pelanggan (GRO).

Kejayaan tersebut dikongsi Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar menerusi status Twitter dan Facebook rasmi beliau sebentar tadi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...