Jumaat, 8 April 2016

Tiga penjenayah ditembak mati

Johor Bahru: Tiga penjenayah ditembak mati selepas melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis ketika cuba melarikan diri daripada ditahan di Jalan Permas Utara, di sini, 5.45 petang tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, dua penjenayah mati di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

"Kita mendapat maklumat sebuah Toyota Camry dalam keadaan mencurigakan berlegar-legar di sekitar kawasan Permas Jaya sebelum dua kenderaan polis mengekori mereka sejauh empat kilometer dari Jalan Permas 1 hingga ke Jalan Permas Utara di sini.


"Tiba di Jalan Permas Utara di sini, kumpulan penjenayah bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis sebelum polis membalas tembakan bagi mempertahankan diri dan sebagai isyarat berhenti," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis kemudian mendapati tiga lelaki berusia antara 22 hingga 25 tahun terkena tembakan yang mana dua daripadanya maut di dalam kereta itu.

Katanya, polis menjumpai dua pistol semi auto dalam kereta itu serta mendapati Toyota Camry berkenaan adalah kereta curi bersabit kes di Taman Bukit Indah di sini, akhir tahun lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...