Rabu, 27 April 2016

Perompak bom mesin ATM

JITRATiga penjenayah melarikan wang tunai kira-kira RM300,000 selepas meletupkan sebuah me­sin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN) di Pekan Jitra 1 di sini menggunakan bom paip buatan sendiri.
Dalam kejadian pukul 5 pagi semalam, kumpulan penjenayah tersebut mengambil masa hanya dua minit untuk mengumpil dan meletupkan mesin ATM tersebut.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superinten­dan Abd. Rahim Abdullah berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati hanya sebuah mesin ATM dirompak manakala sebuah lagi mesin ATM dan mesin deposit tunai (CDM) tidak diusik.

“Penjenayah guna bahan letupan buatan sendiri iaitu bom paip sepanjang 0.3 meter untuk memecahkan mesin ATM tersebut,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Menurut beliau, pemeriksaan rakaman te­levisyen litar tertutup (CCTV) mendapati, dua lelaki bertopeng dilihat memasuki bilik menempatkan mesin ATM pada pukul 5.04 pagi sebelum suspek-suspek itu mengumpil pintu besi mesin ATM menggunakan kuku kambing.

“Selepas pintu mesin ATM itu terbuka, seorang daripada suspek memasukkan bom paip ke tempat pengeluaran wang lalu menyalakan sumbu sehingga mengakibatkan pintu penutup mesin ATM pecah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...