Ahad, 22 Mei 2016

Cubaan penjenayah merompak mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Di Besut

KUALA BESUT  - Cubaan penjenayah merompak mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di sini dengan menarik mesin tersebut menggunakan sebuah kereta Proton Wira gagal selepas perbuatan mereka dilihat penduduk sekitar.

Dalam kejadian kira-kira 5.32 pagi tadi, suspek bertindak menarik salah satu daripada tiga  mesin ATM di bank dekat Pekan Baru Kuala Besut.

Ketua Polis Daerah Besut,  Superintendan Mohd Zamri  Mohd  Rowi berkata, suspek bertindak menarik satu mesin ATM yang berada di dalam cermin ruangan di bank itu hingga ke atas jalan raya di hadapan bank tersebut.


Menurutnya, salah sebuah  mesin lagi hanya berganjak dari kedudukan asal namun  suspek gagal melarikan wang daripada kedua-dua  mesin tersebut.

"Suspek melarikan diri apabila menyedari perbuatan mereka dilihat penduduk diikuti ketibaan kereta peronda polis tiba di lokasi kejadian sejurus  kemudian,"katanya.

Mohd Zamri berkata lagi,  siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan suspek terlibat.

Menurutnya,  kejadian tersebut dirakam oleh kamera litar tertutup bank tersebut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...