Rabu, 4 Mei 2016

Penjenayah gagal larikan wang selepas letup mesin ATM

BENTONG - Dua penjenayah gagal melarikan sejumlah wang selepas meletupkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menggunakan bom buatan sendiri di sebuah bank di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, suspek yang memakai topeng muka dan bersenjatakan parang dikatakan cuba meletupkan mesin ATM itu dengan meletakkan bom dipercayai buatan sendiri di bahagian tempat penyimpanan wang.
Bagaimanapun jurucakap polis ketika dihubungi sebentar tadi memberitahu, bom berkenaan gagal memecahkan mesin terbabit.

Difahamkan polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup bank berkenaan bagi mengenal pasti suspek. - K! ONLINE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...