Selasa, 3 Mei 2016

Skim Cepat Kaya Kebas RM15 Juta

GEORGE TOWNLebih 1,000 pelabur termasuk warga emas di negeri ini mendakwa menjadi mangsa penipuan skim pelaburan wang membabitkan kerugian berjumlah RM15 juta sejak setahun lalu.
Mereka terdiri daripada pesara kerajaan, guru tuisyen, penjaja gerai dan pengusaha kedai makanan di daerah ini yang dikatakan berdepan kerugian serendah RM3,500 hingga RM250,000 seorang selepas ditipu kumpulan ejen syarikat berkenaan yang kini berpangkalan di Kuala Lumpur.

Semalam seramai 34 mang­sa berusia dalam lingkungan 30 hingga 70-an telah membuat satu laporan polis berhubung dakwaan berlakunya penyelewangan wang pelaburan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) kira-kira pukul 11 pagi.

Syarikat yang mula berope­rasi sejak September 2015 itu diselia oleh seorang ahli perniagaan berketurunan Melayu yang bergelar Datuk dan seramai tujuh individu bertindak sebagai ejen di Pulau Pinang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...