Ahad, 26 Jun 2016

Bom kereta meletup di Sungai Golok

NARATHIWAT: Sebuah bom kereta meletup di pekan Sungai Golok di sini pagi ini mencederakan dua orang awam berada berhampiran lokasi kejadian, menurut polis.

Ketua Polis Sungai Golok Kol Korn-art Suwannakam berkata, dianggarkan
50kg bahan letupan diletakkan dalam kereta itu yang meletup kira-kira 6.10 pagi (waktu tempatan) berhampiran markas polis dan pasar serta rumah di pekan itu.

"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan tiga buah motosikal mengambil penumpang kereta itu sebaik sahaja ia diletakkan di lokasi kejadian sebelum ia meletup tiga minit kemudian," katanya di sini, hari ini.

Polis, katanya sedang meneliti rakaman CCTV untuk mengenal pasti identiti lelaki yang menaiki tiga motosikal itu serta penumpang kereta terbabit untuk membantu siasatan.


Kedua-dua mangsa yang cedera dalam letupan bom kereta itu, seorang lelaki 40 tahun dan remaja perempuan 19 tahun sedang menerima rawatan di Hospital Ratchanakarin di sini, katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...