Selasa, 14 Jun 2016

Polis Akan Panggil Rafizi Untuk Ambil Keterangan

KUALA KANGSAR 14 Jun - Polis akan memanggil Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk diambil keterangan berhubung ceramahnya pada 9 Jun lalu yang mahu calon PAN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar membuat sebutir bom atom untuk dibaling ke dalam Parlimen dan diletupkan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abd. Rahim Hanafi berkata, kertas siasatan kes tersebut dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.


“Siasatan sedang dilakukan dan kita akan memanggil beberapa individu termasuk Rafizi untuk diambil keterangan sebagai prosedur siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau pusat pengundian awal di Dewan Tun Salleh Ismael, Kompleks Perumahan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, di sini hari ini.

Empat laporan polis telah dibuat oleh penduduk tempatan, masing-masing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar dan Balai Polis Manong, semalam berikutan ceramah Rafizi itu. - UTUSAN ONLINE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...