Ahad, 12 Jun 2016

Kes rogol Pulau Tioman, tiada yang akan terlepas

Timbalan Perdana Menteri berkata pihaknya akan memastikan tiada sebarang unsur 'cover up' dalam kes-kes jenayah yang membabitkan pegawai kerajaan, termasuk dalam kes seorang gadis yang didakwa dirogol dan didera secara seksual di Pulau Tioman.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan memastikan tiada sesiapa yang akan terlepas dari dikenakan tindakan sekiranya terdapat bukti jelas mereka melakukan jenayah.

"Saya akan memastikan
tiada sesiapa juga termasuk pegawai kerajaan yang terlepas dari sebarang tindakan.


"Tindakan juga akan diambil kepada mana-mana pegawai polis yang 'cover up' (kes jenayah yang dilakukan mana-mana pegawai kerajaan," katanya kepada pemberita.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris berhubung kes seorang gadis bawah umur yang mendakwa dirogol bergilir-gilir dan didera secara seksual oleh
lima lelaki termasuk seorang anggota Jabatan Kastam di Pulau Tioman.

Laporan itu turut memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah bahawa enam individu, termasuk seorang wanita telah ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes itu, namun menafikan pembabitan anggota Kastam dalam kes berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...