Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Tan Sri Henry Chin, 79, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat strok hari ini.
Menurut anak keduanya, Melissa Vhin Sui Yee, 31, mendiang bapanya
dimasukkan ke PPUM petang Jumaat lepas untuk rawatan sebelum disahkan meninggal
dunia pada pukul 6.04 pagi.
"Ketika ini, kami sekeluarga sedang menguruskan proses untuk
membawa pulang mayat mendiang ke Kota Kinabalu, Sabah untuk penerbangan pada
pukul 1.55 petang esok," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Melissa berkata bapanya tidak pernah mengalami masalah kesihatan
sebelum ini dan datang ke ibu negara beberapa hari lepas untuk menghadiri satu
mesyuarat pada Jumaat lepas.
Mendiang yang meninggalkan isteri, Puan Sri Shirley Cheng Hua Chien, 72, serta
sepasang anak lelaki dan perempuan telah berkhidmat
dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lebih 38 tahun sebelum bersara pada
1993.
Selepas bersara, beliau aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan
berkhidmat dalam Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta pernah
menjadi Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan anggota
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah.
Sumber: KLIK DISINI