MARAN, 23 Nov - Lima individu yang dipercayai meletup dan melarikan RM320,000 daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Dungun pada awal September lepas, ditahan semalam.
Empat daripada mereka ditahan di asrama Kuil
Maranthandavar, Sungai Jerik.
Ketua Polis Daerah Maran, DSP Mat Rizal
Mat Radzi penahanan mereka adalah hasil maklumat orang awam.
Seorang daripada mereka pada mulanya
berjaya melarikan diri, tetapi kemudiannya dapat ditahan pada pukul 10 malam di
dalam kawasan paya di Kampung Baru Jaya, Sungai Jerit.