Ketua
Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan tidak akan melindungi mana-mana individu termasuk ahli
keluarganya sekiranya
terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang.
"Saya akan beri kerjasama
penuh dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sama
sekali tidak akan bersekongkol dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang.
"Ramai yang kenal saya dan
ahli keluarga saya. Kalau mereka melakukan aktiviti yang menyalahi
undang-undang, mereka kena jawab," katanya dalam sidang media selepas
melancarkan Ops Selamat 11/2017 sempena Hari Raya Aidilfitri 2017
di Menara TM di sini, hari ini.
Beliau
berkata demikian bagi mengulas dakwaan portal Sarawak Report tentang K
Gopinathan iaitu suspek dipercayai terlibat dalam
kegiatan mengutip
wang daripada
pengusaha pusat judi haram di sekitar Melaka mempunyai kaitan dengan Khalid
serta ahli keluarganya.
Portal itu turut memaparkan rekod
panggilan telefon yang dibuat oleh Gopinathan kepada Khalid serta anaknya
Khairul Amri.
Mengulas sama ada beliau
mengenali Gopinathan yang kini sedang disiasat oleh SPRM, Khalid mengakui
perkara itu.
"Saya serta ahli
keluarga mengenali Gopinathan namun tidak mengetahui pembabitannya dalam kes
itu.
"Apa yang saya tahu mungkin
Sarawak Report mempunyai niat yang tidak baik terhadap saya, organisasi dan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya kerana banyak tohmahan serta tuduhan
dibuat oleh mereka sebelum ini," katanya.
Tambahnya, pihak polis akan
memberi kerjasama penuh dengan SPRM berhubung kegiatan judi haram dan rumah
urut di Melaka.
Sementara itu, beliau turut
mengingatkan terhadap editor dan pengasas portal Sarawak Report Claire
Rewcastle-Brown agar tampil mengemukakan bukti dakwaan yang dibuat dalam
pelbagai isu.
"Kalau apa yang dicakapkan
betul, datang dan buktikan apa juga tohmahan dan tuduhan. Tampillah ke depan
dan beri dokumen-dokumem sebagai bukti. Ini macam 'pukul curi'. Kalau betul,
boleh tampil," katanya.
Dalam kes yang lain, mengenai
penemuan wang sebanyak US$120,000 dalam pemilikan abang kepada pemimpin Korea
Utara, Kim Jong-nam ketika pembunuhannya, Khalid mengesahkan penemuan itu.
Bagaimanapun beliau enggan
mengesahkan jumlah wang itu kerana bimbang ia diputar-belit dan ditokok-tambah
oleh media asing.
Sumber: KLIK DISINI