Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi khuatir ada sindiket yang
akan menggunakan hasil kegiatan mereka untuk membiayai parti-parti politik,
terutama semasa pilihan raya umum.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu boleh berlaku jika kegiatan judi tidak dihapuskan sepenuhnya.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu boleh berlaku jika kegiatan judi tidak dihapuskan sepenuhnya.
"Ini
bukan tuduhan, cuma dikhuatiri (berlaku pembiayaan parti
politik)," beliau dipetik sebagai berkata pada program Penerapan
Nilai-nilai Murni Ramadan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sebuah masjid di
Balik Pulau, hari ini.
Timbalannya di KDN Datuk Nur Jazlan
Mohamed, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye, pegawai-pegawai kanan
Bukit Aman dan kontinjen negeri turut hadir dalam acara itu.
Zahid juga mengarahkan polis
negeri memerangi habis-habisan kegiatan perjudian yang menurutnya semakin
serius di negeri itu.
Beliau mengarahkan pihak yang
terlibat, termasuk ketuanya ditangkap dan diheret ke mahkamah.
"Mulai hari ini, saya
arahkan ketua polis negeri (banteras judi). Saya tidak mahu lagi ada laporan 'kingpin' (ketua) terdiri daripada
tauke besar (ada) di Pulau Pinang.
"Jangan khuatir, jangan
takut. Kami di Bukit Aman, KDN akan berada di belakang polis (Pulau Pinang)
untuk beri sokongan kuat (hapuskan judi)," katanya.
Selain
itu katanya beliau juga tidak mahu masyarakat Pulau Pinang menjadi mangsa.
Ini berikutan perjudian
merupakan masalah paling tinggi di negeri tersebut.
"Saya bersimpati dengan
mereka yang menjadi mangsa judi," katanya lagi.
Sumber: KLIK DISINI