Seri
Kembangan, 12 Julai 2017 - “Dari aspek keselamatan dan keamanan, telah
wujud pelbagai cabaran yang hebat sama ada jenayah baru ataupun jenayah
tradisional yang dilakukan dengan menggunakan teknologi baru dan
menjadi semakin kompleks dimana penipuan dan pemalsuan dilakukan atas talian
dengan penggunaan teknologi terkini,” ujar Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’
Sri Khalid Abu Bakar dalam Majlis Perasmian Seminar Perkembangan Terkini Dalam Undang-undang Di Malaysia dan
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertama International Islamic
University Malaysia (IIUM) Alumni – RMP Chapter di Philea Mines Beach Resort,
di sini, hari ini.
Menurut
beliau, ianya menjadi semakin kritikal dengan permasalahan utama seperti
pengganas Daesh yang melakukan radikalisasi melalui media sosial.
"Bagi
menangani dan melosori semua ancaman dan cabaran ini, kerajaan telah pun menggubal
beberapa undang-undang baru seperti Akta Pencegahan Jenayah
(Pindaan dan Pemerluasan) 2014, Akta Pencegahan Jenayah atau turut dikenali
sebagai 'Prevention Of Crime Act' (POCA), Undang-undang Pencegahan Keganasan
2015 atau POTA 2015, 'Security Offences Special Measures Act' 2012 (SOSMA) dan
Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 serta meminda undang-undang yang lain
seperti Kanun Keseksaan," katanya.
"Objektif
utama seminar ini adalah untuk memberikan penerangan dan pendedahan kepada
pegawai kanan polis mengenai beberapa perkembangan terkini dalam undang-undang
Malaysia," tambah beliau lagi.
Majlis
pada hari ini turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Seminar
Perkembangan Terkini Dalam undang-Undang Di Malaysia merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Penaung IIUM Alumni – RMP Chapter, Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin
Mohd, Dekan Ahmad Ibrahim Kulliyah of Laws (AIKOL) bagi mewakili Reaktor UIAM,
Prof. Dr. Ashgar Ali Mohamed, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran)
mewakili Pengarah Pengurusan, Dato’ Zaini Jass serta pegawai-pegawai kanan
PDRM.
Sumber: KLIK DISINI