PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta pihak berkuasa mengatasi isu lokap di negara ini yang kotor dan tidak sesuai
untuk dijadikan tempat tahanan atas faktor kemanusiaan.
Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata,
pihaknya menerima aduan daripada beberapa pihak yang melabelkan lokap di negara
ini pada satu tahap yang begitu teruk dan tidak sesuai dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Katanya, ia perlu diperbetulkan
kerana secara umumnya mereka yang ditahan belum dibuktikan bersalah dan tidak
seharusnya ditempatkan di dalam satu ruang yang kotor serta diragui
kebersihannya.
"Kita terima aduan ada
yang tidak sampai hati untuk solat kerana keadaannya kotor serta berbau hancing
dan sebagainya. Dalam kes ini, PPIM bersedia memberi kerjasama kepada polis
dalam usaha memastikan isu ini selesai.
"Kita
juga menyeru ada piawaian yang betul mengenai perkara ini. Tahanan di lokap
juga perlu menjalankan tanggungjawab sebagai muslim dengan bersolat.
Kalau dah tempat itu terlalu kotor, bagaimana," katanya pada sidang media
di pejabatnya hari ini.
Sumber: KLIK DISINI