ALOR SETAR: Polis telah menahan seorang suspek berusia 35 tahun
berhampiran lokasi kejadian seorang anggota yang maut ditembak di sebuah rumah
di Kedah, malam tadi.
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff, pihaknya turut memburu dua suspek yang dikenal pasti sebagai Mohd Hatta Johari, 30, dan Mohd Najib Budin, 36.
Katanya, polis sudah pun menyerbu rumah kedua-dua suspek malam tadi namun ia didapati kosong, dan mereka dipercayai telah melarikan diri.
“Kita akan buru habis-habisan dan insyaAllah kita akan selesaikannya dalam masa yang cepat. Kita akan buru sampai dapat... wajib!
"Ini bukan setakat penyeludup arak, tetapi senjata api dan juga dadah. Mereka mempunyai banyak rekod (jenayah) dan juga gangster,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, hari ini.
Susulan itu, menurut beliau, pihaknya mengadakan Op Tutup bagi
mengelak suspek dari terlepas ke negara jiran.
Setakat ini, katanya, motif kejadian tembak itu masih dalam siasatan, namun beliau tidak menolak kemungkinan ia berkaitan dengan kes penyeludupan kawasan sempadan Bukit Kayu Hitam.
Suspek yang ditahan telah direman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian jam 10.25 malam tadi, anggota polis berpangkat Sub Inspektor dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abu Hashim Ismail, 54, maut ditembak di sebuah rumah di Taman Sri Hosba.
Mangsa maut akibat terkena empat daripada enam tembakan yang dilepaskan ke arahnya.
Menurut polis, suspek dipercayai memanjat pagar sebelum melepaskan tembakan ke arah mangsa yang ketika itu sedang berbual di perkarangan rumah berkenaan.
Polis juga percaya mangsa yang sedang bercuti pergi ke rumah rakannya itu bagi mendapatkan maklumat berkaitan kumpulan gengster dan penyeludupan di sempadan Bukit Kayu Hitam.
Mengulas lanjut, Asri berkata, bedah siasat dijalankan Pakar Perunding Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, hari ini bermula jam 11.15 pagi dan berakhir pada jam 3.05 petang.
"Terdapat kesan tembakan pada badan si mati di mana tiga daripadanya menembusi badan si mati manakala satu anak peluru tertinggal di bahagian dada kiri.
"Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian adalah akibat kecederaan tembakan di saluran darah 'Aorta Torasik' (saluran darah utama di bahagian dada)," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menembak mati seorang lelaki yang disyaki ketua kongsi gelap ‘Geng 36’ dalam kejadian 7.30 pagi tadi.
"Kita membuat serbuan di rumah suspek di Lagenda Heights, Sungai Petani. Selepas anggota polis memperkenalkan diri, suspek dipercayai lari ke tingkat atas rumah dan bersembunyi di dalam bilik air.
"Suspek kemudian melepaskan satu das tembakan ke arah polis dan pihak polis kemudiannya melepaskan empat das tembakan yang mengenai suspek,” katanya.
Asri berkata lelaki berusia 30-an itu disenaraikan sebagai penjenayah dikehendaki.
Pemeriksaan polis di rumah suspek menemukan tiga peket lut sinar berisi tumbuhan kering disyaki ganja seberat 62.47 gram, dua peket berisi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin seberat 27.8 gram dan sepucuk pistol jenis Bernardelli.

Sumber: KLIK DISINI