SHAH ALAM: Polis Selangor menahan dua ahli perniagaan bergelar 'datuk seri' dan 'datuk' di Kuala Lumpur pada Khamis lalu kerana dipercayai mendalangi
kegiatan penipuan skim pelaburan cepat kaya 'Bookcoins' membabitkan kerugian RM2.1 juta.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata,
kedua-dua lelaki masing-masing berumur 40 dan 45 tahun itu ditahan kira-kira 11
pagi, selepas pihaknya membuat serbuan di dua buah rumah mewah di kawasan Desa
Park City, Kuala Lumpur.
Menurutnya, tangkapan itu adalah hasil empat laporan
polis yang dibuat awal bulan ini berhubung kegiatan penipuan skim pelaburan itu
yang dikenalpasti bergiat aktif sejak pertengahan 2016.
"Siasatan polis mendapati mangsa telah diperdaya
untuk menyertai Bookcoins dengan dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak satu
peratus setiap hari sehingga mencapai 30 peratus sebulan dari jumlah wang yang
telah dilaburkan," katanya.
Mazlan berkata, dua kereta mewah milik suspek
turut dirampas selain merampas beberapa barang seperti 35 buah beg tangan dan
17 jam berjenama, 26 buku cek pelbagai akaun serta 16 keping silver bar (coin).
Beliau menambah, hasil serbuan di dua buah rumah
itu, pihaknya merampas wang tunai berjumlah RM1.06 juta termasuk beberapa mata
wang asing.
Katanya, empat laporan polis dibuat pada awal bulan
ini.
Siasatan awal mendapati, seramai 200 orang telah
menyertai skim pelaburan tersebut.
Baca lebih lanjut di KLIK DISINI