Isnin, 29 April 2019

TOMMY THOMAS PATUT DIPECAT SECEPAT MUNGKIN


KUALA LUMPUR – Agak pelik bagi TOMMY THOMAS YANG DIUAR-UARKAN SEBAGAI PAKAR PERLEMBAGAAN sebelum menjadi Peguam Negara tidak tahu kandungan ucapan rakannya, Dr. Syed Husin Ali pada Forum Awam & Statut Rom pada Sabtu lalu bersifat menghasut.
Lagi pelik apabila Tommy yang dilantik memegang jawatan itu atas perkenan Yang di-Pertuan Agong boleh bersama dalam majlis yang dianggap sebagai jenayah terhadap Raja-Raja Melayu.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, beliau dimaklumkan BERPULUH-PULUH LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT terhadap ucapan tersebut.
Katanya, forum yang diadakan di Universiti Malaya (UM) itu sepatutnya membincangkan secara ilmiah mengenai ratifikasi Statut Rom TETAPI SEBALIKNYA MENJADI PLATFORM MENGHASUT KEBENCIAN RAKYAT KEPADA RAJA-RAJA MELAYU.
“Mereka juga menghina empat pakar perundangan yang mendedahkan bahaya Statut Rom kepada Majlis Raja-Raja,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Kata Ahmad Amzad, dalam forum itu, Dr. Syed Husin telah mengucapkan kata-kata menghasut betul-betul di hadapan Tommy dengan membangkitkan isu perbelanjaan Raja-Raja yang ditanggung rakyat.
TUDUHANNYA SANGAT BERAT seperti menyatakan keturunan raja diangkat oleh British dan semakin meluas menentang serta menceroboh Perlembagaan.
“Apabila TOMMY MEMBIARKAN SAHAJA PENGUCAPAN BERBAUR PENGHINAAN itu, secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti beliau sebagai Peguam Negara.
“Sekurang-kurangnya, beliau perlu menegur dan membetulkan kenyataan tersebut atas kapasiti Peguam Negara.
“Sama seperti beberapa hari lalu, Perdana Menteri menyatakan Perlembagaan Negeri Johor dan Terenggganu terbatal apabila Malaysia ditubuhkan, saya sudah bangkitkan di mana peranan Peguam Negara untuk menasihati kerajaan sehingga timbul dakwaan baharu yang sangat menyeleweng ini,” katanya.
Beliau menjelaskan, berdasarkan prestasi yang ada, Tommy dilihat menjadi liabiliti kepada kerajaan dan mencetuskan rasa kurang senang rakyat dalam isu membabitkan negeri, Raja-raja Melayu dan Islam.
MELAINKAN PAKATAN HARAPAN (PH) SUDAH BERSEDIA UNTUK KALAH PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU15) ini.
“Sekali lagi saya tegaskan, TOMMY PATUT DIPECAT kerana mengekalkan beliau sebagai Peguam Negara hanya membenarkan lebih banyak kerosakan berlaku terhadap negara,” katanya.
Rujukan: KLIK DISINI

Ahad, 21 April 2019

LUAHAN BEKAS TIM KPN TAN SRI BAKRI ZININ


Masa kini ADA TANGAN TANGAN GATAL, menceritakan kepincangan Polis. Sehingga Polis dilihat sebagai agensi penguatkuasaan yang tidak releven masakini dan membebankan mesyarakat.

Tidak membantu lagi KEJADIAN POLIS DIGARI DENGAN UNIFORM dan orang ramai kini berani menahan kereta peronda. Suatu keadaan yang tidak terfikir masa lalu.

MELEMAHKAN MORAL DAN IMAGE POLIS untuk mempastikan agenda mereka tercapai dan dalam keadaan sekarang ia akan menjadi realiti.

Kalau ini terjadi bukan Polis yang menjadi mangsa kerakusan tetapi padahnya mesyarakat akan menanggungnya. Kita berharap ia tidak menjadi realiti.

Pokoknya ADAKAH SETIAP YANG BERLAKU DALAM MESYARAKAT ITU BERLAKU ATAS KEGAGALAN POLIS?.

Selami akan keadaan dan kebajikan mereka. Lihat dulu sistem yang ada. Lihat semua sudut barulah menunding jari kearah mereka.

Mengujudkan sistem kawalan Polis dah mencukupi kalau dikaji peranan SPP, JIP, SIAP, Biro Pangaduan Awam, SUHAKAM dan undang undang lain.

Terkilan apa yang berlaku sekarang macam ADA YANG BERANGGAPAN POLIS SESUAI MENJADI 'JAGA' sahaja TANPA MENILAI SUMBANGAN YANG TELAH MENJADI NEGARA INI MAJU DARIPADA SEMUA SUDUT. Menidakkan sumbangan Polis kearah ini. TEPUK DADA TANYA SELERA

Rujukan: KLIK DISINI

Sabtu, 20 April 2019

PENYELIA KEDAI EMAS MATI DITEMBAK PENJENAYAH DI SERI KEMBANGAN




KUALA LUMPUR 19 April - SEORANG PENYELIA MATI DITEMBAK PENJENAYAH dalam kejadian rompakan kedai emas di dalam sebuah pasar raya besar di Seri Kembangan, Selangor petang ini.

Dalam kejadian pukul 7.13 petang itu, mangsa yang berketurunan Cina, berusia 28 tahun dan berasal dari Perak maut di tempat kejadian akibat terkena satu das tembakan di bahagian dada.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kejadian bermula apabila TIGA DARIPADA EMPAT PENJENAYAH DIPERCAYAI BERKETURUNAN INDIA yang memakai topi keledar dan ves pantul cahaya masuk ke kedai emas tersebut.
Menurutnya, seorang daripada suspek melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa yang dipercayai enggan mengikut arahannya.
“Ketiga-tiga suspek kemudian mengaut empat dulang emas dan melarikan diri dengan menaiki dua motosikal yang dijaga oleh seorang lagi rakan jenayah mereka.
“Kejadian dipercayai berlaku antara dua ke tiga minit dan ketika kejadian, mangsa bersama seorang lagi pekerja wanita,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Fadzil memberitahu, siasatan di lokasi kejadian juga menemukan satu kelongsong peluru di lokasi kejadian.

Tambahnya, siasatan sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah SEKSYEN 302 DAN 395 KANUN KESEKSAAN.- UTUSAN ONLINE

Rabu, 17 April 2019

LANS KOPERAL DIHUKUM PENJARA, DENDA DAN SEBAT SALAH GUNA KAD MINYAK


MELAKA 17 April - SEORANG ANGGOTA POLIS BERPANGKAT LANS KOPERAL DIJATUHI HUKUMAN PENJARA LAPAN BULAN, DENDA RM92,000 SERTA TUJUH SEBATAN OLEH MAHKAMAH SESYEN di sini sebentar tadi selepas mengaku bersalah atas dakwaan menyalahgunakan kad minyak milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernilai RM90,422.90, dua tahun lalu.

MOHD. NUR BADERYSHAH MATASUM, 34, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin.

Mengikut pertuduhan pertama sehingga ketujuh, tertuduh didakwa dengan curang telah menyalahgunakan harta iaitu KAD INDEN MINYAK PETROL KENDERAAN RASMI PDRM DAN KAD SMART PAY BAGI MENDAPATKAN WANG TUNAI BERJUMLAH RM90,422.90.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di stesen minyak Petronas Kelemak dalam daerah Alor Gajah antara 1 Mac hingga 30 September 2017.

Bagi perbuatan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman maksimum lima tahun penjara dan dengan sebat dan hendaklah dikenakan denda mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman lebih ringan ke atasnya atas alasan perbuatan itu merupakan kesalahan pertama selain perlu menanggung seorang isteri serta lima anak berusia tiga bulan hingga sembilan tahun.

“Saya menggunakan wang itu untuk menanggung rawatan ibu yang sakit di Sarawak dan selalu berulang-alik ke Sarawak selain turut menanggung bapa yang sudah tua malah saya sendiri menghidap sakit bengkak hati dan sedang mendapatkan rawatan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Irwan Shah Abdul Samat yang mengendalikan kes bagaimanapun meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berat memandangkan tertuduh adalah anggota keselamatan yang seharusnya melindungi orang awam dan bukannya menyalahgunakan kuasa demi kepentingan diri.

“Kesalahan yang dilakukan tertuduh juga adalah serius malah ia dilakukan berulang kali hingga dapat mengumpul lebih RM90,000 daripada orang awam. Saya mohon hukuman berat demi mencerminkan keseriusan kesalahan tertuduh,” katanya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: KLIK DISINI 

Isnin, 15 April 2019

TIGA AHLI PKR BERLAGAK POLIS DIREMAND


RASAH 15 April - Tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden memeriksa kereta peronda (MPV) polis semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Sabtu lalu, ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek berusia antara 36 hingga 52 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban di sini, selepas mereka dibawa oleh pihak polis ke mahkamah kira-kira pukul 8.30 pagi.

Ketiga-tiga lelaki dipercayai PENYOKONG PAKATAN HARAPAN (PH) itu direman sehingga 17 April ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Mereka terlebih dahulu dilihat tiba di pekarangan mahkamah dengan menaiki trak polis dan berpakaian lokap serta tangan masing-masing bergari.

Semalam, pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop memberitahu, suspek pertama yang bekerja sebagai jurujual kenderaan berusia 52 tahun diberkas di daerah ini tengah hari kelmarin.

Kata beliau, polis seterusnya menahan seorang lagi suspek yang bekerja sebagai pemandu lori berusia 36 tahun dan seorang peniaga ayam berusia 37 tahun di Rantau, manakala TIGA LAGI SUSPEK MASIH DIBURU POLIS.

Pada hari pengundian PRK DUN Rantau 13 April lalu, lima lelaki dipercayai penyokong PH bertindak memeriksa sebuah MPV polis di hadapan pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua di Rantau, Rembau.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6 petang semasa dua anggota polis berpangkat sarjan dan koperal melakukan tugas membantu kawalan lalu lintas dan mahu mengiringi kertas undi PRK DUN Rantau.

Lima lelaki terbabit telah meminta anggota polis berkenaan membuka but MPV polis tersebut kerana mengesyaki kenderaan itu membawa kertas lebihan undi, namun mereka akhirnya tidak menemukan kertas undi yang didakwa. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...