ROMPIN - Polis mencari tiga lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan kes samun dan pecah rumah di daerah ini awal pagi Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan, Johari Jahaya berkata, ketiga-tiga lelaki yang dikehendaki polis itu dikenali sebagai Budin, Usop dan Iskandar.
Menurutnya, mereka adalah satu kumpulan yang amat diperlukan bagi membantu polis menangani beberapa kes pecah rumah dan samun yang bukan saja berlaku di Rompin malah di negeri ini.