Memaparkan catatan dengan label KP Trg. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KP Trg. Papar semua catatan

Khamis, 28 Jun 2012

Polis Terengganu bakal miliki IPK baru


KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu bakal memiliki Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) yang baru dengan proses pembinaannya dijangka bermula tahun depan.
   
Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah berkata projek pembinaan IPK di kawasan seluas kira-kira 8.8 hektar di Bukit Besar di sini telah dibincangkan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerajaan negeri.
   
"Ia akan dibina di lokasi baru iaitu di Bukit Besar manakala Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, kita akan kekalkan di lokasi asal iaitu di tengah-tengah bandar.
   
"Bagi pembinaan IPK baru dianggarkan kos melebihi RM100 juta manakala bagi IPD pula menelan kos sekitar RM60 juta," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
   

Ahad, 27 Februari 2011

Ketua Polis Terengganu - lawat bekas polis

DUNGUN– “Buatlah kerja elok-elok, jaga nama baik pasukan, berbaktilah pada masyarakat dan negara selagi kita berkhidmat.” 

Itulah pesanan bekas polis, Fatimah Tambi Chik, 72, kepada Ketua Polis Negeri, Senior Asistan Komisioner Datuk Jamshah Mustapa. 

Biarpun sudah menamatkan perkhidmatannya sebagai ‘woman special contstabel’ pada awal tahun 60-an dahulu, namun darah patriotiknya tetap mengalir dalam jiwa sehingga segala kenangan semasa bersama pasukan keselamatan itu masih segar dalam ingatannya. 

Berkongsi pengalaman dengan Jamshah, Fatimah berkata, tugasnya ketika itu hanyalah melakukan kerja am seperti menaikkan bendera dan menjaga kawalan keselamatan. 

Menurut Fatimah, cabarannya sebagai anggota keselamatan ketika itu lebih kepada menangani ancaman pengganas komunis. 

Sabtu, 26 Februari 2011

Pastikan Terengganu Tidak Dijadikan Transit Dadah

Polis Terengganu akan memastikan negeri itu tidak dijadikan laluan transit kepada pengedar dadah dari utara menuju ke ibu kota dan selat
an tanah air.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustaffa berkata kes jenayah melibatkan dadah termasuk Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati masih tinggi dan perlu diberi perhatian serius.

"Kita yakin dengan perancangan strategik dan teliti, Terengganu mampu dibersihkan daripada menjadi negeri laluan dadah dalam jangka waktu terdekat," katanya kepada pemberita selepas Program Polis  Bersama Komuniti di Pekan Sehari Kuala Besut semalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...