Memaparkan catatan dengan label Kastam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kastam. Papar semua catatan

Selasa, 6 Mei 2014

Sepasang Kekasih Jadi Orang Tengah Polis, Kastam Ditahan


IPOH: Sepasang kekasih ditahan kerana disyaki menipu individu yang berminat menjadi anggota Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM5,000.
Lelaki berumur 28 tahun ditahan di Tanjung Rambutan di sini, pada 29 April lalu, manakala pasangannya berusia 23 tahun adalah suspek utama kes itu ditahan pada pukul 7 malam Isnin di Jinjang, Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak, Superintendan Maszely Minhad berkata, mereka terbabit dalam 10 kes penipuan seumpama itu di negeri berkenaan, manakala satu lagi kes di Nibong Tebal, Pulau Pinang sejak April lalu.

"Lelaki itu ditahan di sebuah rumah kerana dipercayai bersubahat dengan teman wanitanya, namun ketika serbuan wanita itu berjaya melarikan diri," katanya di sini, Selasa.

Selasa, 19 Mac 2013

POLIS PERKETAT KAWALAN SEMPADAN SARAWAK, SABAH ELAK ANCAMAN


Miri, 18 Mac - Polis Sarawak meningkatkan aspek keselamatan di sempadan berhampiran Sabah di Lawas, Limbang bagi mengelak ancaman serta memastikan penganas Sulu yang menceroboh Sabah tidak menyusup masuk ke negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, antara kawasan yang diperketat kawalan keselamatan ialah di Pusat Kastam dan Kuarantin (CIQ) Merapok di daerah Lawas, Limbang serta di Sindumin Sabah yang terletak berhampiran sempadan Merapok.

"Setakat ini, tiada tanda ancaman akan berlaku di Sarawak namun kita sedang mengawal dengan ketat keselamatan," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Miri hari ini.

Jumaat, 11 Mac 2011

Presiden Kesatuan Pegawai Kastam cedera dihentak batu

JOHOR BAHARU - Presiden Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia, Ibrahim Ahmad patah tangan kiri dan cedera di dahi selepas dihentak dengan batu bata oleh dua lelaki di kawasan perumahannya di Kangkar Pulai, di sini, dua hari lalu.

Ibrahim, yang juga Pengerusi Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia Cawangan Johor berkata, ketika kejadian kira-kira 12.30 malam, beliau bersendirian dan ingin ke rumah anaknya di Taman Anggerik, di sini.

"Ada dua lelaki mengejar saya ketika saya nak masuk ke dalam kereta. Menyedari saya cuba menghidupkan kenderaan, tiba-tiba datang pula sebuah kereta Proton Waja mengepung saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...