KUANTAN - “Kalau tak mahu mati jangan melawan,” jerit salah seorang perompak sambil mengacukan sepucuk pistol memaksa dua pekerja sebuah ladang ternakan lembu di Kampung Pahang, Jalan Sungai Soi dekat sini mendiamkan diri, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, kedua-dua tangan mangsa warga Indonesia itu diikat menggunakan wayar pengecas telefon sebelum suspek dipercayai seramai lapan orang membuka kandang dan memindahkan kesemua lembu ke dalam lori kecuali tiga ekor yang sakit.
Salah seorang mangsa, Hairuddin, 29 berkata, ketika kejadian dia bersama rakan berusia 39 tahun sedang menonton televisyen sebelum dikejutkan dengan kehadiran enam lelaki bersenjatakan pistol, alat renjatan elektrik dan besi.
Menurutnya, salah seorang suspek bersenjatakan pistol mengacukan senjata itu ke arahnya dan mengarahkan supaya mereka berdua tidak melawan.