KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertegas
tidak akan sekali-kali membenarkan anjuran program Kursus Marxisme Kilat yang
dijadualkan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 20 Mac depan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata,
PDRM akan mengambil tindakan bukan sahaja terhadap penganjur malah juga peserta
yang menghadiri program tersebut.
Katanya, program itu dilabelkan sebagai satu usaha
untuk menghidupkan fahaman komunis di negara ini dan penganjurannya adalah
salah di sisi undang-undang.
