Memaparkan catatan dengan label Maksiat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maksiat. Papar semua catatan

Khamis, 24 Disember 2015

STAGG: 164 LAGI DITAHAN BERKAITAN JUDI DAN MAKSIAT

Kuala Lumpur, 24 Disember- Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG), Bukit Aman semalam menahan 80 lagi individu setelah menyerbu premis judi di Selangor, Johor dan Melaka.

Dalam serbuan tersebut, sebanyak 353 buah komputer judi turut berjaya dirampas.


Dalam perkembangan lain, seramai 84 pelayan pelanggan (GRO) warga asing turut ditahan STAGG dalam Op Noda di beberapa pusat hiburan di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.


Kejayaan dan ucapan syabas dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar kepada pasukan STAGG dikongsi melalui akaun twitter dan facebook page rasmi beliau sebentar tadi.

Selasa, 29 April 2014

Kenal pasti kawasan panas untuk atasi masalah jenayah remaja


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengenal pasti kawasan panas yang mempunyai kadar jenayah tinggi membabitkan golongan remaja bagi mengatasi masalah itu secara berkesan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim. 

Beliau berkata, pemilihan kawasan itu membolehkan punca peningkatan melebihi 100 peratus dalam statistik jenayah dalam kalangan remaja diketahui sebelum langkah sewajarnya diambil. 

"Kita mahu tahu apa yang menyebabkan berlakunya jenayah dalam kalangan remaja. Adakah ia berpunca daripada kekurangan kemudahan, pengawasan atau pendidikan. 

"Sebab itu kita akan pilih kawasan dengan kadar tinggi kejadian ini (jenayah membabitkan remaja)," katanya kepada pemberita di majlis pelancaran Pusat Sumber Pesakit oleh Yayasan Kesihatan Pink Ribbon di sini hari ini yang disempurnakan isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. 

Rohani juga memaklumkan pemilihan kawasan panas akan dibuat dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu memaklumkan jenayah membabitkan remaja berusia 18 tahun ke bawah semakin membimbangkan apabila meningkat sehingga 132 peratus pada 2013 berbanding 2012 dan murid seawal usia tujuh tahun sudah mula melakukan jenayah. 

- BERNAMA 

Khamis, 27 September 2012

Projek terbengkalai jadi 'port' maksiat dan penagih


Projek terbengkalai jadi 'port' maksiat
PETALING JAYA – Projek pembinaan rumah kedai terbengkalai di PJS 4 berhampiran Flat Sri Manja dekat sini bukan sahaja menjadi ‘port’ penagih melepas gian malah didakwa menjadi tumpuan pasangan kekasih bermadu asmara.

Penduduk, Razali Kamil, 39, berkata, kawasan rumah kedai terbengkalai itu terbiar dan tidak dipagarkan menyebabkan ia mudah dicerobohi sesiapa sahaja.

“Saya pernah terserempak dengan pasangan remaja keluar dari salah sebuah rumah kedai ini pada waktu malam malah ada tanpa segan silu bercumbuan di kawasan berhampiran blok bangunan itu,” katanya.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...