SEREMBAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan mengesan trend baharu pemandu bas khususnya bas ekspres yang mengubah pengambilan dadah jenis ganja kepada syabu berikutan kesan pengambilannya yang lebih lama.
Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Saiful Azzri Hamzah berkata, pemandu bas terbabit mengambil dadah tersebut bagi membolehkan mereka memandu bas lebih lama untuk mengejar trip perjalanan, selain ia senang disembunyikan.
"Itu adalah antara alasan utama yang diberikan pemandu bas apabila ditahan pihak berkuasa selepas didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing. Dadah sintetik atau pun syabu ini apabila diambil menyebabkan individu yang mengambilnya boleh tahan berjam-jam.