Memaparkan catatan dengan label Raja Sulu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raja Sulu. Papar semua catatan

Isnin, 4 Mac 2013

KRONOLOGI PENCEROBOHAN BERSENJATA DI LAHAD DATU 9 FEB - 1 MAC 2013

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Senior Asisten Komisioner Hasanuddin Hassan mengesahkan Superintendan Ibrahim Lebar, 52, terbunuh dalam serangan di Semporna. 


Bagi yang terlepas mengikuti isu yang mencabar Kedaulatan Negara ketika ini berhubung pencerobohan bersenjata tentera Diraja Sulu di Lahad Datu yang telah mengorbankan 2 anggota VAT Komando kita, bolehlah mengikuti kronologi yang disediakan di bawah ini.


Jumaat, 15 Februari 2013

Polis Kenal Pasti Kumpulan Filipina Mendarat Di Persisir Pantai Lahad Datu


Gambar hiasan
KOTA KINABALU, 14 Feb (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...