KUALA
TERENGGANU - Polis Terengganu akan membuat pemantauan di semua premis menjual
rokok elektronik (vape) yang ada di negeri ini bagi memastikan tiada
unsur-unsur penyalahgunaan bahan terlarang terutamanya dadah.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman
berkata, pihaknya akan terus membuat pemantauan di seluruh premis jualan cecair
vape berikutan ia kini menjadi satu trend yang semakin membimbangkan.
“Bagaimanapun, setakat hari ini kita tidak menerima
sebarang maklumat berhubung penyalahgunaan vape di sini, dan tiada sebarang
tangkapan atau rampasan dilakukan.
