SHAH
ALAM: Polis mengesahkan menerima tiga laporan berhubung kejadian dua
remaja sekolah didakwa menceroboh sebuah rumah dipercayai milik seorang bekas
pegawai kanan polis bergelar 'Datuk' seperti yang disebarkan menerusi media
sosial.
Ketua
Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata laporan itu diterima pihaknya
daripada 'Datuk' terbabit manakala dua lagi daripada dua remaja berkenaan yang
dikatakan berusia 17 tahun, pada malam Sabtu.
"Polis
menahan dua remaja berkenaan dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen448 Kanun
Keseksaan (menceroboh), Seksyen 323 Kanun Keseksaan (menyebabkan kecederaan)
dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960.
