Selasa, 22 Mac 2011

Pemilik Bengkel Besi Maut Ditetak Di Kepala

KLANG, 21 Mac (Bernama) -- Seorang pemilik bengkel besi ditemui mati dengan kesan kecederaan parah di kepala dipercayai akibat ditetak dengan senjata tajam di bengkelnya di Taman Millenium di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi di sini berkata mayat Jenistanquains Nicholas, 30, ditemui oleh seorang pengawal keselamatan pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

"Ketika ditemui dia didapati masih memakai sarung tangan, polis percaya dia diserang dengan senjata tajam oleh lebih dari seorang suspek, ketika semasa sedang bekerja," katanya.

Pekerja Kilang Cedera Diserang Isteri Pertama

KOTA BAHARU, 21 Mac (Bernama) -- Seorang pekerja kilang cedera diserang isteri pertama di rumah isteri keduanya di Kampung Pasir Tok Kambing, Kedai Lalat dekat sini hari Isnin.

Amukan isteri pertama berusia 31 tahun itu, yang dikatakan bertugas sebagai guru Fardu Ain, turut menyebabkan ibu mentua lelaki berkenaan cedera selepas terkena parang tumpul yang dibawanya.

Mangsa, 30, berkata kejadian itu berlaku kira-kira 8 pagi.

"Ketika kejadian, saya baru sahaja selesai mandi, tiba-tiba terdengar jeritan dan kekecohan dari luar rumah sebelum saya keluar dan melihat isteri pertama saya sedang menendang pintu rumah sebelum bergelut dengan saya.

Pelatih Dan Petugas Pulapol Yang Ditempatkan Di HKL Kekal 19 Orang

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Jumlah pelatih dan petugas Pusat Latihan Polis (Pulapol) yang ditempatkan di wad biasa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan virus 'Adenovirus' sehingga pukul 12 tengahari tadi kini masih kekal 19 orang.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman Facebook memaklumkan bahawa mereka terdiri daripada 10 Inspektor wanita, enam Inspektor lelaki, dua Konstabel, dan seorang petugas Pulapol.

Menurut laman itu lagi seorang pelatih Konstabel dan 2 pelatih Inspektor wanita pula sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi.

"Jumlah pelatih yang menjalani pengasingan pula adalah 258 orang di Pulapol," kata laman itu.

Mayat Lelaki Ditemui Berhampiran Puncak Gunung Jerai

YAN, 21 Mac (Bernama) -- Mayat seorang lelaki yang dipercayai mati dibunuh, ditemui berhampiran puncak Gunung Jerai di sini, pagi Isnin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Supt Low Thiang Huat berkata mayat dengan beberapa liang kesan tusukan senjata tajam itu ditemui oleh seorang lelaki yang sedang berjogging sekitar gunung berkenaan pada kira-kira pukul 8 pagi.

"Pemeriksaan mendapati bahagian leher mayat itu terdapat kesan ia ditikam sehingga tembus, dan satu lagi kesan tikaman dikesan di bahagian belakang badan," katanya ketika ditemui di lokasi mayat dijumpai di sini hari ini.

Polis Tidak Terlibat Dalam Pembikinan Video Seks - PM

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa polis tidak terlibat dalam pembikinan video yang didakwa mengandungi aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita di sebuah hotel.

"Saya ingin mengesahkan apa yang dikatakan oleh Hishammuddin, iaitu pihak polis tidak terlibat dengan rakaman video berkenaan," katanya dalam laman Twitter malam Isnin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...