Sabtu, 26 Mac 2011

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat Tangani Rasuah Penjawat Awam

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, inisiatif perundangan utama di bawah bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi rasuah, digubal untuk menangani gejala itu terutama di kalangan penjawat awam.

Pengarah Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan NKRA Rasuah Datuk Hisham Nordin berkata akta itu menggalakkan pendedahan sebarang kelakuan tidak wajar serta melindungi identiti individu yang membuat pendedahan, atau pemberi maklumat.

Koperal Polis Bebas Dari Dua Tuduhan Rasuah

SHAH ALAM, 25 Mac (Bernama) -- Seorang anggota polis berpangkat koperal dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat daripada dua pertuduhan rasuah, empat tahun lepas, tanpa dipanggil membela diri.

Hakim Wan Mohd Noorisham Wan Yaakob memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas T.Arthimoolan, 48.

Seramai 16 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Polis Tumpas Sindiket Curi Kereta Dan Motorsikal Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 25 Mac (Bernama) -- Polis berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta dan motosikal di bandar raya ini dengan penangkapan 27 anggota kumpulan itu sejak Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata hasil penangkapan mereka yang berusia antara 18 dan 50an itu, polis berjaya menemui 49 motosikal dan tiga buah kereta yang dilaporkan hilang sejak awal tahun ini.

"Daripada jumlah yang ditahan itu, 10 lelaki telah didakwa di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Polis ke-204, di sini pada Jumaat.

Polis Siasat Kes Tembakan Melulu Di Mount Erskine, Tanjung Bungah

GEORGE TOWN, 25 Mac (Bernama) -- Polis sedang menyiasat satu kejadian tembakan rambang oleh orang yang tidak dikenali di kawasan perumahan Mount Erskine di Tanjung Bungah di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata pada kejadian pukul 3 pagi itu, penduduk di kawasan berkenaan gempar apabila beberapa orang melepaskan beberapa das tembakan ke arah empat buah rumah teres dua tingkat di kawasan taman itu dan tembakan itu mengenai empat buah kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah berkenaan.

Rahim Serah Video Seks Kepada Polis

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik telah menyerahkan video aksi seks seorang lelaki bersama jam tangan, yang dikatakan membabitkan pemimpin pembangkang kepada polis.

Rahim berkata beliau menyerahkan video asal itu kepada polis setelah disoal siasat selama lima jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.

Beliau yang dillihat tiba di Bukit Aman disini kira-kira pukul 5 petang tadi keluar dari Bukit Aman menaiki kereta Toyota Camry berwarna putih pada pukul 9.30 malam tadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...