Sabtu, 26 Mac 2011

Rahim Serah Video Seks Kepada Polis

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik telah menyerahkan video aksi seks seorang lelaki bersama jam tangan, yang dikatakan membabitkan pemimpin pembangkang kepada polis.

Rahim berkata beliau menyerahkan video asal itu kepada polis setelah disoal siasat selama lima jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.

Beliau yang dillihat tiba di Bukit Aman disini kira-kira pukul 5 petang tadi keluar dari Bukit Aman menaiki kereta Toyota Camry berwarna putih pada pukul 9.30 malam tadi.
Turut disoal siasat ialah seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang tiba di Bukit Aman secara berasingan.

Rahim berkata beliau telah memberi keterangan kepada seorang pegawai penyiasat dan beberapa pegawai dari bahagian logistik.

"Saya telah memberikan kesemua bahan bukti iaitu video seks asal yang boleh disiasat dan seutas jam tangan.

"Ia boleh disiasat secara forensik sama ada ianya penipuan atau palsu dan boleh panggil pakar dari Biro Persekutuan Antarabangsa(FBI) untuk kesahihan pita video seks ini," katanya.

Rahim berkata, beliau berharap penjelasan yang diberikan dalam siasatan tersebut akan membantu dan memudahkan penyiasatan yang dijalankan oleh polis berhubung isu video seks tersebut.

Apa yang penting, katanya rakyat Malaysia akan tahu kebenaran siapa sebenarnya aktor di sebalik video tersebut.

"Ia sangat penting kerana ia merupakan satu kepentingan kepada negara," katanya.

Rahim berkata beliau berharap penyerahan video dan jam tangan tersebut dapat memperpercepatkan penyiasatan berhubung isu tersebut.

"Insya-Allah, jika ada Suruhanjaya Diraja dan kerajaan bersetuju, mungkin penyiasatan lebih rapi akan diadakan bagi memastikan dan memuaskan hati semua pihak untuk mencari kebenaran daripada isu video seks ini," katanya.

Ketika ditanya di mana lokasi video seks tersebut dirakamkan, beliau bagaimanapun enggan mengulas tetapi berkata: "Polis tak tanya pun soalan ini pada saya semasa disoal siasat tadi," katanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...