Jumaat, 8 Februari 2013

Aktiviti keganasan: 3 termasuk bekas tahanan ISA ditahan


Tan Sri Ismail Omar
KUALA LUMPUR - Tiga Individu termasuk seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 iaitu undang-undang yang menggantikan ISA.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan perkara itu berkata, ketiga-tiga individu yang berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun itu ditahan hari ini dipercayai terlibat dalam merekrut rakyat tempatan sebelum dihantar ke luar negara bagi menjalankan misi militan.
 
"Ketiga-tiga suspek termasuk juga seorang wanita ditahan di bawah Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan," katanya.
 

Rabu, 6 Februari 2013

Empat penjenayah larikan 11 dulang barang kemas di Seremban


SEREMBAN: Empat lelaki bersenjatakan beberapa pucuk pistol bertindak nekad merompak sebuah kedai emas dan melarikan 11 dulang barangan kemas dalam satu kejadian di Taman Senawang Jaya di sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, penjenayah berkenaan terlebih dahulu melepaskan beberapa das tembakan ke udara di hadapan premis terbabit menyebabkan orang ramai lari menyelamatkan diri. 

"Penjenayah yang memakai topeng muka kemudiannya memecahkan cermin pameran barangan kemas dan mengambil 11 dulang barangan kemas sebelum melarikan diri dengan motosikal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Pengguna jalaraya diminta sentiasa berwaspada


Pengguna jalan raya diminta supaya sentiasa mengambil cakna soal keselamatan dengan tidak melakukan perkara yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.

Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) negeri Dato’ Yahya Khatib Mohamad, berkata jangan biarkan kepulangan kita ditangisi akibat kemalangan sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina ini, tetapi pastikan kepulangan kita disambut gembira oleh ahli keluarga.

“Kebanyakan kemalangan berlaku adalah akibat kecuaian pengguna jalanraya itu sendiri, oleh sebab itu ia perlulah diberi kesedaran dan dididik dari peringkat awal tentang perlunya memandu dan menggunakan jalanraya secara berhemah. 


Selasa, 5 Februari 2013

Pemilik kelab malam cedera parah ditembak


JENAYAH KEKERASAN DI P/PINANG MENINGKAT ??

BUKIT MERTAJAM - Seorang pemilik kelab malam cedera parah selepas terkena tembakan dilepaskan lelaki yang menaiki motosikal ketika kereta mangsa berhenti di lampu isyarat di Jalan Bukit Tengah, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata Tan Sheng Suo, 43, terkena tiga das tembakan iaitu di kepala, muka dan badan.

Katanya ketika kejadian mangsa dan rakannya dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari kelab malamnya di Perai, bagaimanapun rakan Tan tidak mengalami sebarang kecederaan .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...