Ahad, 7 April 2013

CUBA SERANG POLIS: LELAKI CEDERA DITEMBAK DI PUNGGUNG


George Town, 6 April - Akibat cuba menyerang anggota polis dengan sebilah parang, seorang lelaki disyaki penyamun cedera ditembak di bahagian punggung di Lorong Madras semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata dalam kejadian 9.15 malam itu, suspek yang menunggang motosikal dilihat berkelakuan mencurigakan sebelum ditahan dua anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

23 PEGAWAI POLIS DILANTIK JURUCAKAP MUDAHKAN PENYALURAN MAKLUMAT PRU13


Kuala Lumpur, 6 April - Seramai 23 pegawai polis dilantik sebagai jurucakap mewakili 14 kontinjen polis seluruh negara untuk rujukan media dan orang ramai bagi memudahkan penyaluran maklumat sepanjang pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yusof berkata mereka juga merupakan jurucakap rasmi bagi kontinjen masing-masing yang boleh dihubungi untuk mendapatkan pengesahan berhubung sesuatu insiden semasa PRU13.

"Selain lantikan pegawai kanan polis bagi memantau dan memastikan proses pilihan raya di seluruh negara berjalan lancar, lantikan 23 pegawai ini juga membolehkan media serta orang ramai hubungi untuk dapatkan pengesahan sebarang maklumat atau insiden sebelum ia dirujuk terus kepada kepimpinan tertinggi.

KES DADAH, RUMAH POLIS DITEMBAK BERTALU-TALU DI SEREMBAN


Seremban, 6 April - Seorang pegawai polis dan keluarganya berdepan detik mencemaskan apabila kediaman mereka di Taman Seremban Jaya, di sini ditembak bertalu-talu oleh dua lelaki, malam tadi.

Ketika kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, pegawai polis berkenaan sedang tidur manakala isteri dan dua anaknya sedang menonton televisyen.

Jurucakap polis berkata, sebaik mendengar bunyi tembakan tersebut pegawai polis terbabit terjaga dari tidur dan terus menyelamatkan anak serta isterinya yang berada dalam keadaan ketakutan.

"Apabila tembakan itu berhenti anggota polis berkenaan terus meninjau di luar rumah dan melihat dua lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC melarikan diri," katanya di sini hari ini.

Sabtu, 6 April 2013

Lima Lelaki Myanmar Diburu Berhubung Kes Bunuh Penyelia Kilang

Gambar hiasan

KUALA SELANGOR: Polis sedang memburu lima lelaki Myanmar berhubung kes bunuh seorang penyelia kilang di kawasan kilang kitar semula di Ijok dekat sini Isnin lepas.
Mereka yang bekerja di kilang itu dikenali sebagai Aung Naing, Sam Aung dan Sit Hu Win yang masing-masing berumur 30 tahun, Tun Aye Sin, 35, serta Myint Than, 40.
Mereka merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR).

LIMA JAWATAN UTAMA PENERAJU ESSCOM


Lahad Datu, 5 April - Lima jawatan utama menerajui Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang membabitkan tiga elemen utamanya iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Awam. 

Berkuat kuasa semalam, jawatan Pengarah untuk menerajui ESSCOM dinaikkan kepada Ketua Pengarah dengan dibantu empat Pengarah yang mengetuai empat bahagian. 

Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek berkata perubahan dibuat pada mesyuarat jawatankuasa penyelarasan ESSCOM semalam yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara Datuk Dr Ali Hamsa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...