Jumaat, 7 Jun 2013

Gambar suspek bunuh lelaki Amerika

WAGAS UL HUSSAN... Suspek bunuh warga AS

SHAH ALAM 6 Jun - Polis mengedarkan gambar seorang suspek yang dipercayai terlibat dengan pembunuhan seorang lelaki warga Amerika Syarikat yang dijumpai dalam keadaan tangannya terikat di rumahnya di Taman Sri Ukay, Ampang dekat sini 4 Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, suspek, Waqas Ul Hussan atau lebih dikenali sebagai Vicky berusia 30-an merupakan rakyat Pakistan, dicari bagi membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE


Wanita hamil 5 bulan nyaris maut diragut


Gambar hiasan
TEMERLOH 6 Jun - Seorang suri rumah yang hamil lima bulan nyaris maut selepas cuba diragut seorang lelaki berdekatan sebuah pasar raya dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada 11.20 pagi itu, mangsa yang berasal dari Felda Pasoh, Negeri Sembilan mengalami pendarahan setelah terjatuh ke atas jalan raya apabila beg tangannya cuba diragut suspek yang datang dari arah belakang dengan sebuah motosikal.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Aziz Salleh, suspek berumur 24 tahun itu yang gagal meragut beg tangan wanita itu cuba pula meragut rantai leher yang dipakai mangsa namun gagal.

"Suspek kemudian menolak mangsa hingga jatuh ke jalan raya tetapi kemudian bergelut dengan suami mangsa dan orang ramai yang datang untuk menolong mangsa," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis daerah Temerloh di sini hari ini.

Lelaki ajak isteri mencuri

Gambar hiasan

Shah Alam: Disebabkan perniagaan pelapik kaki yang diusahakannya secara dalam talian kurang mendapat sambutan, seorang lelaki berusia 28 tahun sanggup mengajak isterinya mencuri beg tangan pengunjung wanita di surau pusat beli-belah dan tempat tumpuan awam sekitar negeri ini sejak lebih setahun lalu.
Selain isterinya yang berusia 26 tahun, lelaki terbabit membawa anak angkat perempuannya berusia empat tahun untuk melakukan kerja kotor itu bagi mengaburi mata orang ramai terhadap kehadirannya di surau berkenaan.
Semua itu dilakukan bagi mendapatkan wang dengan cara mudah dan cepat bagi menampung kehidupan mereka memandangkan suami isteri terbabit tiada pekerjaan tetap.

Rabu, 5 Jun 2013

Polis Perak Buru Dua Lelaki Berhubung Kes Bunuh


IPOH: Polis sedang memburu dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh di lombong terbiar berhampiran Kawasan Industri Bemban, Batu Gajah di sini, 5 Mei lepas.
Mereka ialah K. Hemakumar atau lebih dikenali sebagai Chinapaiya, 27, dariStesen 11 Jalan Teluk Intan di Bidor; dan S. Marimuthu, 38, dari Kampung Kilang Besar Bukit Jenun Pendang, Kedah.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai maklumat mengenai suspek supaya menghubungi polis bagimembantu siasatan.
Polis telah merakam percakapan 10 saksi bagi membantu siasatan kes, katanya.
Katanya, seramai 11 suspek berkaitan dengan kes itu ditahan pada 11 hingga 23 Mei di sekitar Bidor, Lahat, Menglembu, Sungkai dan Temoh.
Ditanya sama ada pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan politik ekoran mangsa dipercayai dibunuh pada hari berkempen bagi pilihan raya umum ke-13, beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh dengan mengambil kira pelbagai sudut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat K. Murugan ditemui oleh seorang lelaki penggembala lembu berumur 79 tahun pada pukul 5 petang, dengan keadaan tangan, badan dan kaki si mati berikat dengan dawai dan terdapat bongkah besi yang diikat pada bahagian badannya.
"Hasil siasatan polis mendapati mangsa dipercayai hilang bersangkut dengan laporan polis di Bidor. Si mati tidak balik ke rumah pada 1 Mei lepas setelah keluar untuk membersihkan tempat ceramah di padang," katanya. - BERNAMA

3 anggota polis didakwa bunuh Dhamanderan


KUALA LUMPUR 5 Jun - Tiga anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh N. Dhamanderan, 32, bulan lalu.

Kesemua tertuduh Sarjan Jaffri Jaafar, 44; Koperal Mohd. Nahar Abd. Rahman, 45; dan Koperal Mohd. Haswadi Zamri Shaari, 32, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula pada 9 Julai ini sementara menunggu laporan bedah siasat. - UTUSAN ONLINE


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...