Rabu, 16 Julai 2014

Wang tunai RM50,000 dilarikan oleh dua lelaki


KUANTAN - Dua lelaki melarikan wang tunai RM50,000 milik seorang pengusaha syarikat perniagaan di depan rumahnya di Lorong Kubang Buaya di sini semalam.
Wanita berumur 37 tahun itu turut dipukul dan mengalami kecederaan dalam kejadian kira-kira 4 petang.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mangsa baru keluar daripada keretanya apabila didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
"Kedua-duanya melarikan beg wanita berkenaan yang mengandungi wang tunai RM50,000 dan beberapa dokumen penting,” katanya kepada Bernama.
Wang itu dikeluarkan di sebuah bank di sini. - Bernama

Serangan ada kaitan Nur Misuari?


KUALA LUMPUR 14 Julai - Insiden serangan di Pulau Mabul, Semporna, Sabah, kelmarin yang mengorbankan seorang anggota polis marin manakala seorang lagi diculik didakwa ada kaitan dengan kumpulan yang setia dengan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor berkata, mereka mengambil tindakan itu kerana tidak berpuas hati apabila dipinggirkan daripada proses rundingan damai dengan kerajaan Filipina sehingga membawa kepada pembentukan wilayah autonomi Bangsamoro.

Selasa, 15 Julai 2014

INI LAH PADAHNYA....KEMALUAN DI POTONG OLEH ISTERI

Gambar hiasan

Wanita Myanmar potong kemaluan suami

KUALA LUMPUR: Gara-gara marah kerana mahu diceraikan, seorang wanita warga Myanmar nekad memotong kemaluan suaminya di rumah lelaki itu di Taman Wilayah, Selayang, di sini pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, wanita berusia 40 tahun yang telah tinggal berasingan pergi ke rumah suaminya yang juga warga Myanmar untuk berbincang. 
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R Munusamy berkata, setelah suaminya membenarkan wanita itu masuk dan beliau terus tidur di ruang tamu, wanita itu secara tiba-tiba bertindak memotong kemaluan suaminya dengan pisau. 

Polis Tahan Dua Lelaki Dan Rampas Empat Kg Heroin

Gambar hiasan
SHAH ALAM, 14 Julai (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki dan merampas 10 paket disyaki heroin bernilai kira-kira RM290,000 dalam sebuah kereta di hentian Rehat dan Rawat (RNR) Ulu Bernam, Hulu Selangor, Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Narkotik Selangor Supt. R. Ravichandran berkata suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pemandu lori yang berusia 25 dan 27 tahun itu, ditahan pada pukul 2.30 petang.

Katanya, bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan anggota polis membuat intipan terhadap dua lelaki terbabit yang dipercayai mempunyai urusan 'jual-beli' dadah di kawasan itu.

Pasukan Keselamatan Diberi Kuasa Tembak Penceroboh


KANGAR, 14 Julai (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pasukan keselamatan diberi kuasa untuk menembak mana-mana pihak yang didapati menceroboh perairan negara.

"Kerajaan tiada sebarang masalah jika itu (menembak) boleh halang penceroboh daripada memasuki Malaysia," katanya kepada pemberita, di sini pada Isnin.

Beliau diminta mengulas kenyataan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yang meminta kerajaan membenarkan pasukan keselamatan menembak mana-mana pihak atau kumpulan yang menceroboh perairan Sabah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...