![]() |
| Gambar hiasan |
Butterworth: Seorang wanita warga
negara China berusia 22 tahun menempuh detik cemas apabila dilarikan sekumpulan
empat lelaki ketika berhenti di Kawasan Rehat Jambatan Pulau Pinang, hari ini
sebelum dirogol bergilir-gilir oleh tiga daripada suspek di sebuah kawasan
gelap di Butterworth.
Sebelum kejadian 3.30 pagi itu, mangsa
menaiki kereta dipandu rakan lelakinya berusia 46 tahun dalam perjalanan
menghala ke arah Butterworth selepas mereka pulang daripada berhibur di sebuah
pusat hiburan di Georgetown.
Rakan lelaki mangsa bagaimanapun berhenti
di kawasan rehat berkenaan berikutan mahu membuang air dan mangsa menunggu
dalam kereta.




