![]() |
| Gambar hiasan |
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun
selepas dipercayai merogol ibunya pada Rabu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi
Ahrasa berkata, kejadian itu berlaku di rumah mangsa di Cheras di sini.
Menurutnya, dalam kejadian itu, ibu
mangsa yang bekerja sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan pulang dalam
keadaan mabuk sebelum tertidur di bilik anaknya.




